CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 3, 2010

EKORAN MUKA ARTIS..

Sebelum itu..tajuk tak boleh blah kan?haha!

Okay..
Begini ceritanya..

Pada satu petang..
Di mana kami adik beradik duduk bersantai bersama sambil makan jemput jemput bilis..
Jemput jemput itu pula dimakan bersama sambal kicap buatan adik..
Memang tidak ingat dunialah pedasnya..
Tapi,makin pedas,makin laju kami cecahkan jemput jemput itu..

Kami berbual kosong pelbagai topik..
Daripada menyakat ke mengusik,menuju ke mengejek..
Tidak seorang pun ketinggalan untuk dijadikan bahan..

Ada satu 'peralatan membahan' yang teman tidak boleh lupa sehingga sekarang..
Ayat yang dikeluarkan oleh Akurt..

Akurt : Kak..akak perasan tak kat rumah kita ini penuh artis?
Teman : Hah?
Akurt : Yerla..Kakna macam muka Farah AF,akak macam muka Dina, Aji orang cakap macam muka Aliff Satar,adik pula macam Maisara (sebenarnya kami adik beradik gelarkan adik sebagai Maisara kerana Maisara wataknya amatlah kepoh,semua benda mahu diceritakan dan dingadukan kepada ibunya..adik pula amatlah marah jika disamakan dirinya dengan Maisarah..)


Ini Maisara..bersama Bongnya
(gambar diperoleh daripada M Star Online)

Teman : Senget eh?
Akurt : Akak tau Apen muka macam sape?
Teman : Sape?
Akurt : Macam muka Abon..(sangat slumber..)

Teman selepas itu memang tidak boleh berhenti bergelak..sehinggakan jemput jemput bilis yang menjadi rebutan itu pun teman tolak ekoran perut terlalu kejang bergelak ketawa..

Apen di dalam kami 5 beradik memang selalu digelarkan sebagai Mat Jowo..tidak tahu kenapa,slangnya agak keJawaan antara kami semua..padahal,kami bukanlah keturunan Jowo Totok (Jawa asli).Teman agak mungkin kerana dia seorang sahaja yang lahir di Batu Pahat di dalam kami berlima ataupun mungkin kerana Apen sangat suka mengajuk orang dan terlekat sudah lidahnya atau mungkin Apen berniat mahu meneruskan nilai keJawaan keluarga yang makin pupus ke dalam jiwa kami..teman tidak pasti sehingga sekarang..

Tetapi dengan keslumberan Akurt mengatakan rupanya seperti Abon itu sangatlah tidak menahan okay?Teman tengok..tiadalah seperti Abon pon..Akurt memang sengal!


Ini Apen bersama Abon..anda tentukan
(gambar Abon juga diambil di M Star Online)
Ini kami anak beranak di rumah Bak Ol,satu satunya atuk saudara kami..
(gambar ini adalah pada raya Aidilfitri yang lalu..)
Ini kami 5 beradik..

p/s : Entry ini juga ditulis ekoran komen Fairus di dalam entry teman sebelum ini iaitu Atoi..

p/s lagi : Terima kasih kepada Cik Illa, kerana beliau..teman sudah boleh mengedit gambar,walau tidak seberapa..haha!

4 cakap-cakap:

illa said...

haih gambar sudah improve gitu... hehe cayala..

u n sisters ala2 kardashian gak la.. 3 serangkai..

p/s- citer kim adalah tak sesuai untuk bawah umur terutama utk angkasawanita ... :p

yummien straggy said...

wah..
kalo kami seperti kardashian..
semestinya i adalah kim..
kim anak ke-2..
(angan tak sudah..haha!)

haha!untok crite kim dan angkasawanita..

fairuspeng said...

wah.. ni dah lebih dari sifu.. sila ajar sifu macam mana nak edit gambar.. (ni baba paling malas)...

Bertuah nye i.. kenal satu famil artis ni... lagi pulak.. diorang ni cukup baik.. penuh dengan kasih sayang...

adeq memang macam maisarah la.. haha.. baru perasan..

yummien straggy said...

pembelajaran dalam prses untuk dihantar ke tempat mu wahai sifu..

terima kasih jugak kate kami baik dan penuh kasih sayang..
badan kami yang agak lebar ini,memang
dimuatkan dengan sepenuh kasih sayang utuk diri sendiri,juga untuk dibahagi bahagikan..hehe!

u jgn kstau adek..habih muncung tak hengat kelak..haha~